Salur darah yang menyalurkan atau membawa darah ke otot jantung dipanggil koronari. Bekalan darah ke otot jantung ini sangat penting untuk membawa oksigen dan zat-zat ke otot jantung supaya ia dapat berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan.
Penyakit jantung koronari merupakan penyakit pembunuh yang utama di dunia termasuk Malaysia.
Seluruh bahagian badan manusia memerlukan bekalan oksigen dan nutrien atau zat untuk berfungsi. Di sinilah peranan jantung sangat diperlukan di mana ia merupakan organ utama untuk mengepam darah dan unsur-unsur yang perlu ke seluruh badan. Kegagalan fungsi jantung akan mengakibatkan bahagian badan 'mati' kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan zat.
Berdasarkan kajian, penyakit jantung koronari adalah penyebab atau punca utama penyakit jantung pada usia muda di zaman ini. Pada waktu dahulu, penyakit ini dianggap hanya menyerang golongan orang yang lebih berumur atau tua. Walaubagaimana pun penyakit ini semakin menular di kalangan orang lebih muda.
Penyakit jantung koronari adalah akibat dari salur darah koronari yang menjadi sempit. Keadaan ini akan menyebabkan bekalan darah ke otot jantung terhalang dan tidak lancar. Apabila otot jantung tidak menerima bekalan darah yang membawa oksigen dan zat dengan cukup (ischaemia), seseorang itu akan merasa sakit di bahagian dada.
Antara tanda-tanda anda diserang penyakit jantung adalah:-
1. Rasa sakit di bahagian tengah atau kiri dada seperti ditekan oleh benda berat.
2. Banyak berpeluh seiring dengan sakit dada.
3. Sukar bernafas
4. Rasa lenguh di tangan kiri.
5. Kadangkala terasa sakit di leher (umpama dicekik).
6. Sakit dibahagian rahang (umpama sakit gigi)
2. Banyak berpeluh seiring dengan sakit dada.
3. Sukar bernafas
4. Rasa lenguh di tangan kiri.
5. Kadangkala terasa sakit di leher (umpama dicekik).
6. Sakit dibahagian rahang (umpama sakit gigi)
Punca saluran darah koronari ini menjadi sempit adalah akibat pengumpulan sel dan plak lemak (atherosclerosis) pada dinding-dinding saluran darah tersebut.
Keadaan penyempitan ini akan menjadi lebih serius jika wujud faktor-faktor lain seperti darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kadar kolesterol. Semakin tebal plak, semakin sempit saluran darah yang terlibat.
Tanda-tanda di atas berlaku jika ada penyempitan saluran darah terutama apabila jantung dipaksa bekerja lebih keras seperti semasa bersenam, berjalan jauh, menaiki tangga atau akibat tekanan mental atau emosi (angina).
Keadaan lebih parah pasti akan terjadi sekiranya saluran darah tersebut tersumbat secara total. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami serangan jantung (heart attack) secara tiba-tiba dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Pengumpulan plak Ateroklerosis di dalam pembuluh darah. |
Pencegahan awal amat penting untuk mengelakkan hal-hal seperti di atas terjadi.
Langkah-langkah pencegahan dan pengobatan akan dijelaskan pada artikel selanjutnya.
Stay tuned....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan