HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi merupakan satu keadaan di mana saluran darah berterusan mengalami tekanan yang tinggi.
Tekanan darah normal dalam kalangan orang dewasa ialah 120/80 mm Hg. Apabila tekanan darah adalah sama atau melebihi 140/90 mm Hg, ia dianggap naik atau tinggi.
Dalam hal ini, lebih tinggi tekanan darah maka lebih tinggi pula risiko kerosakan kepada jantung dan saluran darah dalam organ-organ utama seperti otak dan buah pinggang.
Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana tidak mempamerkan sebarang gejala. Jika dibiarkan tidak terkawal boleh membawa kepada serangan jantung dan akhirnya kegagalan jantung.
Bukan itu sahaja, penyakit ini juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, buta, dan kerosakan kognitif.
Menurut Profesor Bersekutu, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chee Kok Han, statistik di Malaysia menunjukkan seramai 5.8 juta rakyat mengalami penyakit tekanan darah tinggi dan angka ini sebenarnya semakin membebankan sistem penjagaan kesihatan kita.
Katanya, walaupun setiap kali statistik dikeluarkan dan angkanya semakin meningkat, rakyat masih terus mengamalkan tabiat yang tidak sihat seperti amalan pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, pengambilan gula yang tinggi, dan sebagainya.
“Rakyat Malaysia perlu lebih peka terhadap diet, pengambilan makanan, dan proaktif dalam penjagaan kesihatan mereka sendiri.
“Ini kerana promosi kesihatan dan program pendidikan kesihatan tidak membawa apa-apa makna jika kita tidak dapat memberi perubahan kepada cara hidup yang diamalkan.
“Oleh yang demikian, kita perlu memanfaatkan pengetahuan kesihatan dalam tindakan kita dengan membuat keputusan untuk bersenam yang mencukupi, menjaga diet, dan memilih gaya hidup sihat yang akhirnya akan mengurangkan insiden penyakit yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat di negara ini,” ujarnya.
Tambah beliau, tidak patuh terhadap pengambilan ubat juga merupakan salah satu faktor penyebab kepada bertambahnya statistik pesakit tekanan darah tinggi di negara ini.
Ini terjadi kerana kadar pematuhan yang rendah didapati memberi kesan negatif kepada usaha mengawal tekanan darah.
Mengikut laporan, hanya 53.4 peratus daripada pesakit tekanan darah tinggi mematuhi jadual pengambilan ubat seperti yang diarahkan.
TEKAN DI SINI UNTUK MAKLUMAT HERBA PEMBERSIH DARAH
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/hipertensi-makin-membebankan-1.67884#ixzz4azw5Brfk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Peringkat-peringkat darah tinggi pula adalah seperti berikut:-
Peringkat 1 - Darah Yang Pekat Dan Gelap
Terjadi apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak menyebabkan kepekatan darah meningkat dan sel-sel darah merah melekat bersama, dan menjadi gelap dan pekat. ini menghalang pengaliran darah yang lancar seterusnya memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat lagi dan tekanan darah akan semakin naik.
Peringkat 2 - Kerap Rasa Letih Dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat akan mengalir dengan lebih perlahan, dan tidak dapat mengangkut oksigen dan nutrient ke sekluruh badan dengan efektif, Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, kita akan rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur kita juga turut terganggu. Walaupun waktu tidur yang mencukupi, tetapi kita tetap berasa letih dan mengantuk terutamanya pada waktu petang.
Peringkat 3 - Kerap Sakit Kepala atau Migrain
Ini merupakan tanda awal bahawa salur darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah semakin meningkat. Jika dibiarkan ianya boleh menyebabkan tekanan darah tinggi seterusnya akan membawa berlakunya strok.
Peringkat 4 - Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Pembuluh darah yang terdapat pada mata adalah yang paling halus. Apabila pengaliran darah terjejas, sel-sel mata akan rosal dan akhirnya menjadi katarak (selaput mata). Jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan mata menjadi buta.
Peringkat 5 - Masalah Buah Pinggang dan Pengerasan Salur Darah
Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban mengawal tekanan darah dan menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubatan. Hal ini akan menyebabkan salur darah semakin mengeras dan terjadinya tekanan darah tinggi.
Peringkat 6 - Peringkat Akhir (Strok & Serangan Sakit Jantung)
Strok dan serangan jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia. Apa yang paling menakutkan adalah ia boleh menyerang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama dan mungkin juga kali terakhir (mati).
Terpulang kepada anda samada masih mahu menunggu atau bertindak sekarang. Insya Allah kami boleh membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan