Isnin, 6 Mac 2017

Struktur Jantung Kita


Jantung terbina daripada otot jantung (miorkardium) yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Perikardium pula adalah membran yang menyeliputi bahagian luar dinding jantung. 

Struktur dinding jantung yang terdiri dari otot jantung dan lapisan tisu/membran


Jantung ada 4 bilik yang dinamakan Atrium Kanan, Atrium Kiri, Ventrikal Kanan dan Ventrikal Kiri. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.

Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. 




Kedudukan bilik-bilik dalam jantung


Aliran darah dalam jantung.


Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

Di dalam jantung terdapat dua injap atrioventrikular (AV) dan dua injap semilunar. 
Injap atrioventrikular ada dua jenis iaitu injap mistral dan trikuspid. Injap atrioventrikular berada di antara atrium dan ventrikel. Tugas injap ini hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.

Injap semilunar juga ada dua iaitu injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik. Injap semilunar pula berada di laluan keluar darah iaitu antara ventrikal dan pembuluh darah (arteri dan vena). Tugasnya pula adalah untuk menghalang aliran darah yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta berpatah balik ke ventrikal. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.




Injap jantung


Tiada ulasan: