Kita selalu terjumpa kes dikalangan rakan-rakan atau saudara mara di mana secara fizikalnya mereka kelihatan sihat tetapi tiba-tiba terkena serangan strok.
Strok tidak kenal usia, muda atau tua. Bahkan tidak mengira keadaan fizikal seseorang itu, samada gemuk atau kurus. Kadangkala tanpa ada apa-apa tanda penyakit yang serius, cuma barangkali hanya sakit kepala dan tengkuk sahaja.
Kejadian strok ini sering sukar dipercayai apabila ianya berlaku sedangkan penderita atau pesakit sedang dalam keadaan sihat. Mungkin ada tanda-tanda tekanan darah tinggi yang sederhana. Ini biasa terutama pada kalangan kita yang sudah berumur 40 tahun ke atas. Badan dan fizikal yang sihat tetapi kenapa boleh terkena serangan strok yang sangat parah, lumpuh sebelah badan atau sehingga menyebabkan kehilangan nyawa?
Jadi apa sebenarnya hubungan tekanan darah tinggi dengan strok? Berikut ini penjelasannya..
Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi, adalah keadaan di mana tekanan darah melebihi paras normal, iaitu di atas 140/90 mmHg. Tanda-tandanya biasanya berupa sakit kepala, sakit tengkuk, mudah marah, pitam dan gemuruh.
Tekanan darah sering berubah-ubah, kadang-kadang turun, kadang-kadang menaik, terutama jika pengambilan garam agak berlebihan.
Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan dinding pembuluh darah terpaksa menampung tekanan tersebut. Semakin tinggi tekanan darah, semakin besar bebanan yg ditanggung oleh pembuluh darah. Jika tekanan naik sebegitu tinggi, misalnya di atas 200/140 mmHg, maka pembuluh darah boleh pecah, terutama pembuluh darah halus yang berdinding nipis.
Strok
Strok pula adalah keadaan di mana ada gangguan aliran darah di dalam otak. Terjadinya strok bila aliran darah ke otak terganggu atau terhenti akibat pembuluh darah di dalam otak tersumbat atau pecah. Akibat dari ke dua-dua gejala tersebut, otak tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien sebagaimana sepatutnya sehingga menyebabkan sel-sel otak mati.
Strok yang terjadi akibat pembuluh darah tersumbat dipanggil 'ischemic stroke' manakala yang terjadi akibat pecahnya pembuluh darah itu dikenali sebagai 'hemorrhagic stroke'
Kesan dari strok ini, pesakit biasanya mengalami lumpuh sebahagian badan, sukar untuk bercakap dangan jelas, kebingungan, sukar melihat, susah berdiri atau berjalan dan mungkin mengalami sakit kepala yang sangat berat.
Dapat disimpulkan bahawa memang ada kaitannya antara tekanan darah tinggi dan juga strok. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pecahnya pembuluh darah di dalam otak. Seterusnya rangkaian otak akan rosak dan mati akibat tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien. Strok akibat tekanan darah tinggi ini termasuk dalam 'hemorrhagic strokes' atau strok akibat pendarahan dalam otak.
Tekanan darah tinggi hanya salah satu punca berlakunya strok. Ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan strok. Contohnya akibat darah beku di dalam pembuluh darah ke otak.
Amalan pemakanan yang sihat dan senaman haruslah diamalkan untuk menghadari gejala strok dari berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan